Tuesday, November 5, 2013

Result Final Sem 1

Assalamualaikum , 


Heh , hari ni dah 5 November . Maknanya aku ada lebih kurang 20 hari cuti . Cepatnya masa berlalu .Rasa baru je habis final exam . Cerita Korea banyak lagi tak khatam . Tak guna ! Tapi tak sabar nak start Sem 2. Rindu Palam pun ada . Rindu classmate . Rindu #gengpalam. 



Oh,lupa tengah kecoh pasal result final hari tu . 1 November dapat result . 31 Oct malam tu ada ura ura yang dapat email awal sebab pointer cun . Tunglah tunglah . Aku lek je tunggu depan laptop sambil tengok runningman .

Pukul 10 ,tengok tweet 'Alhamdullilah' . Zappp , dah dapat ke korang email ? Aku lek je refresh email , k tak ada lagi . Tup tup kul 12 , refresh refresh refresh ! Tak ada jugak . Melampau ! Then decide nak tidur ,tengok esok ah kul 9.00 a.m . Kahkah macam boleh tidur je kan . Buat notification kat phone kalau kalau email masuk . Dalam gelap tu tutup mata tapi tak dapat tidur .Last pukul 12.55 a.m refresh email ,


Zapppp !



UiTM .



No Id , scroll bawah



nama






scroll lagi






scroll




-

-
-
-




*nangis*

*nangis*
*nangis*
*nangis*



sampai pukul 4 aku meroyan kat twitter 



Sedih punya pasal . Sedih yang teramat sangat .Bukan tak pernah aku tak dapat yang aku target . Tapi kali ni lain macam . Perasaan sedih ngilu kecewa tu rasa macam lain gila dengan kecewa dekat sekolah .1 hari aku meroyan tau . 1 November tu hari meroyan sedunia lah ! Dah lepas lepas meroyan . Aku munasabah diri . Tapi still aku tak dapat cari apa salah aku . Kat mana silap aku ? Kenapa aku tak dapat nih ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa aku ? *nangis lagi*



Orang cakap aku kena bersyukur , Ye aku bersyukur . Tu lain kira bersyukur ke tak , Cuma aku musabah diri aku kenapa aku tak dapat sekian sekian ? Sebab aku rasa bukan rasa lah ! Sebab aku usaha gila gila gila gila gila gila gila . Tak pernah sepanjang aku hidup 18 tahun ni usaha aku macam ni . Ye lah mungkin orang lain pun usaha lagi kuat . Tapi lantak lah ni pasal aku , usaha kuat aku tu mungkin tak sekuat orang lain , tapi ni the best yang aku buat tau ! Bayangkan ! tak boleh bayang kot .Orang yang nampak aku usaha je boleh rasa pedih aku ni . 



Dan orang yang tak nampak akan cakap '' terima je lah , bersyukur ''



Sedih betul . Sebab diorang tak faham . EH bukan diorang . Dia .



Sumpah sentap gila dengan dia , betul dia dah bagi ayat dekat aku 'terima je , usaha dah , bersyukurlah , tengok orang lain yang lagi teruk' 



Kadang kadang dalam hidup ni , bila aku pilih orang tu untuk aku luahkan masalah maknanya aku betul-betul percayakan dia . Betul-betul percayakan dia . Betul-betul percayakan dia . Aku tak harapkan dia bagi nasihat ke apa . Cukuplah jadi pendengar aku . Tak perlu nasihat semua tu . Tak perlu selesaikan masalah aku . Kalau dia dengar pun dah cukup . A good listener will dissapeared the pain I've feel .Even mak aku sendiri aku tak bagitahu yang aku kecewa dengan result aku .Tapi bila aku bagitahu dia , entah ....... then dia ignore aku for one day . Sumpah rasa makin teruk . Tengok whatsapp dia online . Aku tunggu dia tegur aku . Tak . Then biarlah aku decide nak sedih sensorang . Kalau apa apa yang jadi lepas ni pun aku decide biar aku tahu sensorang . Sumpah weh saat aku perlukan seseorang , ye memang dia ada awal awal ,lepas tu dia ignore aku sebab katanya aku frust sangat , kena bagi masa . Hahaha kelakarkan ? Bukan nak call ke apa , boleh gak aku nangis dalam phone . hehe . Tapi biarlah . Tipulah tak sedih . Makin bertambah sedih pulak tuh . 


Yelah salah aku kot yang sensitif sangat . Tak kira lah . Tapi tu hak aku untuk mengadu dan hak dia untuk mendengar . Tapi dia memilih untuk ignore . Dan aku memilih untuk pendam.

Next sem aku nak study lebih gila , dan taknak target tinggi2 , biarlah Allah yang ukur usaha aku dan bagi balasan yang setimpal dengan usaha aku yang gila gila gila .Semoga next sem aku lebih gilaaaaaa ! 

Monday, October 7, 2013

Asasi Sains Palam .

Assalamualaikum , tak jawab dosa jawab gatal ? Hm *melayu*

Nak cerita banyak pasal palam ni . Kehidupan baru kat Universiti . Dulu tak sabar nak habis sekolah , sebab nak masuk U . Tapi bila masuk U rindu sekolah . Ingat masuk U boleh enjoy ? Bukan Asasi lah kalau boleh enjoy enjoy .#INIASASILAH ! 

So far kehidupan kat sini hmm agak taf sikit . Lebih teruk dari SPM .Tak sah kalau tak tidur pukul 2 atau 3 pagi . Siapa tidur awal budak genius . Tak payah study pun dah pandai . Macam aku . *muahaha* . Seronok duk sini sebab jumpa kawan yang asal dari semua negeri dan paling penting dapat gang baru . Hihi tapi dari Kelantan juga .Only Kelantanese yang ngam dengan Kelantanese . 

Nah ni antara orang yang dah ada tempat kat hati aku sekarang ni.




Mula mula datang sini sumpah homesick . Tapi tak tunjuk .I macho . Tak nak bagi mama tahu aku rindu dia . Nanti dia perasan . Tapi hari hari bergayut kat phone . Dah rasa macam bercinta dengan ibu sendiri pulak . Hehe .

Macam biasa cara study aku last minute dan main main . Bila nak berubah takthau . Next sem lah . EH stay up sampai 2 pagi pun dikira study main main eh? Dah siapa suruh ponteng kelas -.-'' 

Dekat sini lah aku rasa baru jadi perempuan . Semua benda kena urus sendiri . Tak pernah woi bangun pagi tengok tak ada breakfast atas meja . 17 tahun hidup . Tak pernah :'( Tapi sekarang semua kena buat sendiri . K dah jadi perempuan . Boleh kahwin dah . Tetiba rasa betapa berharganya ibu ni . Hahaha . 

Taktahu kenapa , sejak duduk sini study tu jadi hobi aku .Dan aku suka hobi baru ni :') 

Final Sem 1 . Foundation Science .

Assalamualaikum,

Ni baru habis final . Last payyyy perrrr Biology . Pukul 3 pun tak tidur lagi . Terasa nak buat blog . Rindu blog . Dulu tinggalkan blog sebab Twitter . Tapi sekarang rindu blog balik . *kiss blog* Tujuan buat blog sebab .... Entah . Kadang-kadang nak luahkan perasaan tu tak semestinya pada manusia je . Ada cara lain . Contoh macam blog . Aku buat blog mungkin sebab aku dah tak tahu nak mengadu dekat siapa . Ye . Dulu dekat dengan mama . Sekarang dah tak duduk bawah ketiak mama lagi . So nak mengadu dekat siapa ? Dekat Allah dan dekat blog ni . Hehe .

Intro blog ni rasa nak buat panjang panjang macam karangan . Banyak yang nk diluahkan ni . *muntah* Cuti ni je sempat buat blog dan mengarang bagai . Dah start Sem 2 nanti tak sempat punya . So biarkan aku bercerita disini .

Assalamualaikum .

This is my first entry for 2013 . Hey ni dah berapa kali buat belog pun tktahu -.-